welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 30 Mei 2012

ep. 6; melancong ke kota BEIJING, CHINA

ep. 6; melancong ke kota BEIJING, CHINA(13-21 MAC 2011)

masih  hari ke empat... menaiki beca di penempatan hutong, ke hard rock dan xtvt yang paling ditunggu2... shopping...




masuk hari kelima, aku n wife terjah ke perkampungan olimpik.. layan jer...







ep. 5; melancong ke kota BEIJING, CHINA

ep. 5; melancong ke kota BEIJING, CHINA (13-21 MAC 2012)


sambungan dr ep. 4...
setelah hari kelima menjejak ke bumi beijing, aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan cuaca yang cukup sejuk.. pantang berada diluar, mengigil kaku lah jawabnya... hanya satu malam jer, aku n wife sempat keluar mengambil angin malam di sekitar kawasan hotel.... hari ini akan menempuh perjalanan yang jauh iaitu selama 4 jam perjalanan menuju ke destinasi utama iaitu great wall(tembok besar china)... dalam perjalanan menuju ke sana, kami sempat singgah di dua factory iaitu jade n kristal.. biasalah aku, bukan minat pun... jadi sekadar nengok jer...








cukup menyeronokkan apabila dapat mencapai cita2 yang sudah sekian lama mendaki salah satu 7 keajaiban di dunia...

ep. 4; melancong ke kota BEIJING, CHINA

ep. 4; melancong ke kota BEIJING, CHINA(13-21 MAC 2011)

persimpangan medan tia'nammen


berjalan ke tia'nammen

salam... terpanggil aku tuk menyambung coretan pengalaman manis sepanjang masa ketika berada di beijing. sebenarnya bukan apa, aku nak release otak selepas hampir separuh berjaya aku key in data salahlaku yg dah lama berlambak...
hari ini aku nak berkongsi dengan mereka yang membaca blog aku ni. hari keempat(16.3.2011) aku bangun dari tidur dengan azam untuk menakluki dan merasai berada di zaman sholin. semalam tidur cukup lena walaupun kedinginan menyucuk kalbu... setiap malam aku kenakan 2 lapis baju yg tebal ditambah dengan selimut.... malam tadi aku tidur lewat sikit. aku nonton tv, maklumlah bukan senang nak tengok kat negara orang. kat sana ada 55 channel semua, tapi semua dalam bahasa cina. dia orang cukup mengagungkan bahasa ibunda nya. seperti biasa breakfast, menu tetap sama. nasi goreng, telur rebus dan air teh cina, aku tak kisah, bedal aje. untuk pengetahuan semua, peredaran masa tak menjadi masalah kerana masa malaysia dengan china sama aje...
memory @ tia'nammen

program pertama pagi ini adalah ke medan tia'nammen. medan ni betul-betul ditengah kesibukan bandaraya beijing. aku dan group terpaksa berjalan kaki +- 1KM. tapi tiada masalah sepanjang perjalanan sentiasa terpampang pemandangan bangunan yang cantik dan klasik. di medan tia'nammen aku bergambar sakan. bila berpusing 360 darjah ada aje shot cantik... selepas itu, kami bergerak masuk ke forbidden city. laluan nak masuk cukup sesak. kami satu group terpaksa berjalan seperti budak sekolah rendah beratur(tangan atas bahu). bukan apa takut terlepas dan  kalau sesak naya jawabnya... bila jae kaki menjejaki kedalam bandar keamanan, seperti rasa berada dalam suasana zaman kungfu... di sini lah banyak pengambaraan filem yang aku tonton sebelum ni seperti filem jackie chan dan jet li. kami berjalan dari satu blok ke blok lain yang keluasan dari depan ke belakang +-1KM. di sin kami berada lebih kuran 2 jam, berjalan keluar dan bas sudah menunggu di seberang jalan... cukup penat, tapi berbaloi dengan kenangan yang akan diabadikan seumur hidup. 

bersama wife n mey(tour guide)

selepas selesai lawatan itu, kami dibawa makan di restoran muslim. bagi aku cukup menyelerakan ditambah lagi dengan bekalan yang dibawa dari malaysia. di sini aku nak nasihat, kalau nak datang berkunjung ke negara orang, jangan lupa bawa budu, tumis bilis, lada jarum... ini lah yang menanbahkan selera kita.
selepas makan, kami solat dan terus ke perkampungan kuno(hutong). di sini kami menaiki beca mengelilingi perkambungan traditional china yang masih wujud. selepas itu kami di bawa melawat ke hard rock cafe. di sini tak ada apa-apa menarik. kejap aje singgah terus ke aktiviti yang paling menyeronokkan iaitu shopping. kali ini dibawa shopping di yushow market. aku sempat juga beli baju, PSP dan mainan untuk 3 putera ku
, cenderamata, kasut dll... peringatan, kalau nak shopping kita kena bijak tawar-menawar. orang negara china licik sikit dalam bisnes, aku kalau shopping tawar harga memang gila-gila. bayangkan cth kasut yang aku beli, harga dia letak 1500 yuen. gaduh punya gaduh tawar-menawar harga, akhirnya aku dapat beli dengan harga 60 yuen(RM28.00)... satu lagi aku nak bagitau, kalau nak murah ngaku saja org indonesia.. kalau org barat, jepun dan korea, dia memang sembelih harga... sedar X sedar 3 jam shopping, hari dah gelap, jadi program pada hari keempat dah berakhir. sebelum kami dibawa balik ke hotel, kami dinner... malam itu aku dah tak keluar, lepak aje dalam bilik pekene kopi panas dengan wife..
at yushow market

suasana malam di beijing

deretan apartment

ini sahaja coretan aku kali ini, insyallah, kalau ada kelapangan kita akan berjumpa dalam episod kelima, wasalam...

ep 3: melancong ke BEIJING, CHINA


ep 3: melancong ke BEIJING, CHINA(13 - 21 MAC 2011)

dragon tower


berbalik kepada crite di beijing, hari ke2(14/3/2011) tak selesai lagi... selepas merasai kesejukan ditasik maharaja china, kami bergerak ke chinese traditional health centre pada sebelah petang. sepanjang perjalanan dapat dilihat keunikan persekitaran seperti dragon tower, stadium sarang burung dll...
apabila tiba di pusat urutan, kami disambut dengan senyuman gadis2 china... kami diberi penerangan dan akhirnya di situ kami mengambil kesempatan meyegarkan kaki dengan urutan secara traditional masyarakat china. urutan yg dilakukan menggunakan herba-herba yang diambil dr negara Tibet. Di situ kami diberi penerangan tentang penjagaan kesihatan bukan hanya pada kaki, tetapi secara keseluruhan yang diterangkan oleh doc dr tibet secara personal.


acrobatic show

@ chinese traditional health centre

Selepas itu pergi dinner. setiap kami turun @ naik dari bas. ada saja jurujual... macam-macam adaa... tetap[i selepas masing-masing kena tipu, kami mengambil pendekatan untuk berhati-hati menerima duit baki. Sebelum kami bertolak balik ke hotel, kami di bawa ke jin sha theater. di situ kami dipertontonkan acrobatic show. show ini selama 1 jam, dan amat berpuas hati... sebelum balik, kami dimaklumkan oleh tour guide untuk keesokkan hari akan pergi ke tembok besar china dan dijangka suhu boleh mencecah 1-3 'C, jadi sempat lagi aku beli baju...malam itu kami sampai di hotel pukul 10 pm, masuk bilik terus tidur... penat oooiii...
nak tau berapa harganya: 19,999 yuen
Hari ketiga selepas breakfast, keluar aje dari pintu hotel... gigilll.. memang sejuk!! bila naik bas rasa macam basah pakaian aku.. destinasi pertama pagi ini adalah ke jade factory. macam-macam jenis batu jade yang ada.. selepas itu kami pergi lunch dan melawat kilang batu permata. kat kilang jade dan permata, aku n wife masuk kejap, lepas tu meronda kat luar, ye la, masing-masing tak minat.
kami meneruskan perjalanan ke great wall. dari hotel nak sampai kat great wall selama 4 jam. akhirnya sampailah kami di great wall of china, salah satu dari 7 benda ajaib di dunia. inilah tempat yang selalu aku angan-angankan untuk sampai.. akhirnya aku dapat jejak dan menapak di tembok yang mempunyai kepanjangan hampir 3 kali panjang negara inggeris. Di sini aku sungguh teruja dan respect orang zaman dulu, bagaimana peritnya untuk menjaga bumi sendiri.. aku  dan wife ambil kesempatan panjat tembok dan sempat aku panjat sampai 5 menara pengintai... dan yang paling penting, ambil gambar untuk kenangan..di sini aku nak berkongsi info tentang tembok besar china dari yang aku belajar sejarah dulu...
tembok besar china juga dikenali dengan nama tembok raksasa. panjangnya adalah 6,400 KM(dari kawasan sanhai pass di tiumue hingga ke lop nur disebelah barat). ia mempunyai ketinggian 6 meter dengan dengan tujuan untuk mencegah bangsa mongol dari utara pada masa itu. lebar bahagian atasnya adalah 5 meter bahagian bawah 8 meter. 180-270 meter dibuat menara pengintai. Tempoh membina tembok memakan ratusan tahun di zaman pelbagai kaisar. Tembok besar ini telah dimulakan pembinaan sebelum dinasti qin bertapak, iaitu semasa negara-negara berperang. kemudian pembinaan ini diteruskan oleh qin shi-huang. pembangunan tembok ini diteruskan di zaman dinasti sui, dinasti ming, dinasti nan dll bermacam-mcam dinasti lagi. kalau nak tau, datanglah sendiri ke sini...
my group @ great wall china

kenangan di tembok besar china
kami berada 2 jam di sini, dan selepas itu pulang ke hotel untuk berehat. oleh kerana terlalu penat, aku tertidur sepanjang perjalanan balik. jadi malam tu aku tak dapat tidur, jadi ajak wife pergi bersiar-siar disekitar hotel... itulah kali pertama aku merasai kehidupan sebenar waktu malam di sini, sambil berjalan untuk merasai suasana malam di beijing, aku singgah digerai buah-buahan. macam-macam ada, buah starbery, anggur, epal dan akhirnya aku beli buah mempelam(saiznya cukup kecil tetapi amt manis). sepanjang aku membeli tu cukup susah.. maklumlah, org china bukan pandai speaking.. sampaikan aku berbahasadengan menulis, tetapi jawapannya dlm bahasa china.. nasib baik ada org china yg lalu-lalang bole speaking, jadi aku mintala pertolongan dari diaorang..
@ kota beijing
ok lah nanti sambung lagi ke ep. 4.
pengalaman ini menjadi koleksi pengalaman peribadi....

ep 2: melancong ke kota BEIJING, CHINA
(13-21 mac 2011)

Kota Beijing menjadi pilihan untuk aku n family melancong disebabkan banyak sejarah china lama bermula di sini... untuk ep. 1, aku banyak bercerita tentang dugaan nak menjejak kaki ke beijing.. ep. 2 ni pula aku ingin berkongsi keseronokkan yang akan menjadi sejarah dalam hidup aku... ye la, aku hanya seorang cikgu, peluang aku melancong dengan kos sebegini mungkin sekali dalam seumur hidup.. tak tau la kot-kot ada rezki lain lepah ni.. aku ngan wife cadang gi ke korea selatan pulakk!!!
masa ini musim luruh, kalau tempat kita suasana tidak ubah seperti musim panas kering. pokok semua seperti mati...



pemandangan dr bilik hotel
bangunan bersejarah



breakfast kt super8 hotel
 Hari kedua(14 mac 2011) di beijing. pagi-pagi dah breakfast kat hotel(aku stay kt Super8 Hotel). Tak banyak pilihan, cuma ada nasi goreng, sayur, roti, telur n air teh cina. Kalau kau orang nak tau, orang2 china ni memang tak pandai berbahasa inggeris(ye la, mereka cukup-cukup mengagungkan bahasa ibunda mereka). masa ambik sarapan, aku mintak spoon, pelayan tu buat tak tau aje... pah tu aku mintak lagi dengan body language lg... ade perkembangan.. tp mintak sudu dia bagi gelas, mintak tisu dia bagi senduk... sabo aje la...
bermulanye pengembaraan aku... keluar aje dr pintu hotel kecut segala anggota badan aku... sejukkkk...(maklumlah tak pernah rasa sejuk macam ni...) naik bas ke kilang sutera. disitu kami disambut dengan ramah sekali. Kami di beri penerangan ttg asal-usul sutera dan akhirnya dibawa untuk memilih dan membeli kain sutera. 

@ beijing dizhen silk products co. ltd




peniaga jalanan

 aku n wife bukannya suka sangat kain sutera, jadi kami negok aje...
orang lain memilih kain, kami turun gi pilih strawbery. fuhhhh.. cukup manis strawbery china, besar pulak tu.. kalau strawbery kt cameron masam-manis... tp china punya tak masam semua manis... apa lagi beli la untuk makan-makan... tak mahal.. cuma 30 yuen sekilo(100 yuen = 48 MYR).. kuaci sira pun sedap...
tengahari pergi lunch, boleh tahan masakan.. satu hidangan(8-9 org) ada 7-8 jenis lauk... kat negara china masakan diaorang lebih vegetarian.. lauk lain cuma ayam dan ada seketul ikan... air tak payah nak fikir lah pasal minuman rasmi adalah teh china... balunn aje..

setelah penat menerokai kilang sutera, time makan memsng ditunggu2, maklumlah cuaca sejuk cepat lapar.. hidangan di sana kebanyakkan merangkumi masakan berasaskan sayur dan ikan sahaja... ada 7 jenis hidangan dan seperti biasa disudahi dengan minuman teh cina...
masjid utama di beijing

selepas makan, kami solat dimasjid utama bandar beijing.. sebelum ke destinasi seterusnya, kami mintak guide cari tempat shoping pakaian, tak tahan sejukkk..dan destinasi kedua ke summer palace(tempat maharaja bersantai/tinggal semasa musim panas).. turun aje dari bas... berebut gadis-gadis china datang jual barang... macam-macam ade... topi, sarung tangan, mafla, jam, beg dll... kami pun kerana kesejukan beli aje la... kalau berbelanja di china ni, kita perlu bijak. harga memang melampau diorang letak, jadi kita perlu lah melampau jugak menawar.. bayangkan topi yang aku beli, di letak 200 yuen.. aku pun apa lagi, belit punya belit dapat lah 20 yuen... bagi duit 100 yuen, baki 80 yuen..(kena bijak tawar-menawar, kalau tidak kena sembelih..) 

summer palace
kota istana musim panas..
lepas tu kami pun masuk ke summer palace, satu tempat yang cukup indah, dengan pemandangan tasik buatan dah persekitaran yang begitu menguja. tasik ini terbentuk di zaman dinasti ming, maharaja menjadikan tempat ini untuk beristirehat semasa musim dingin... Sambil-sambil berjalan, timbul isu kawan kena tipu duit.. wife aku pun selak lah duit, rupa-rupanya aku pun kena tipu... bukan aku dan kawan aku aje... 5-7 org lain pun kena... pandai diorang selitkan duit baki ngan duit negara lain yang tak dok nilai..huhu kena dohhh...

my wife @ summer palace
selepas selesai di summer palace, kami dibawa ke tempat pemeliharaan tiram yang mengeluarkan produk mutiara.. aku sekadar nengok je..(x berminat...)




berjumpa di ep. 3....

ini adalah paparan imbasan kenangan tahun lepas projek bersama wife gi melencong ke beijing sempena ulangtahun perkahwinan ke 11...

ep 1; melancong ke BEIJING, CHINA(13-21 MAC 2011)

malam ni rasa timbul satu keinsafan, mengenang pengalaman hidup yang telah berlalu... pagi ini aku meraikan satu kenangan perjalanan hidup genap 39 thn... alhamdulillah, syukur kepadaNya di atas kurniaan sepanjang kehidupanku.
bagi aku, hidup ini tidak akan lengkap kalau tidak menikmati keindahan dunia yang fana ini...
aku memang suka melancong... berjalan-jalan di negara sendiri... oleh dikatakan dah semua negeri aku dah jelajah.. lebih-lebih lagi wife aku pun mempunyai hobi yang sama.. MELANCONG. Kalau kat Malaysia, dah merata cerok aku pergi, ke bandar, ke bukit, ke pulau malahan ke sungai pun aku gi.... al maklum... kalau dah suka berjalan, dimana ada kemahuan, di situlah ada jalan....
tunggu penerbangan-1.00 am

jadi.. kesempatan ni aku nak berkongsi ngan saudara/saudari pengalaman berada di bumi negara CHINA. Aku pergi ke BEIJING dengan family pada 13 mac  sehingga jejak semula di tanahair 21 mac 2011. ikutkan tu 8 hari 7 malam, tapi jadi 9 hari kerana flihgt delay. masa pergi ni adalah musim luruh. kos untuk tiket flight go/back, hotel, makan-minum, transport, tiket-tiket berbayar sebanyak RM2750 per person. Untuk episod 1 ni, aku nak crite skit pengalaman semasa pergi. Aku naik flight china easthern airlines kul 2 am di klia ke shanghai dulu. 


sajian semasa penerbangan
transit dari pudong international airport ke beijing international airport mengambil masa selama 2 jam perjalanan

@ beijing airport
perjalanan 5 jam lebih. aku makan, tidur, sedar-sedar aje dah sampai.. tengok jam, aikkk kul 8.20 am. flight parking aje aku terus bangun, tp pramugari memaklumkan penerbangan belum sampai... rupa-rupanya buka kat shanghai, tapi kat nanjing. sebenarnya flight tak boleh mendarat di pudong-shanghai international airport pasal cuaca berkabus tebal... bayangkan kena kurantin kt dalam perut flight selama 5 jam... mintak keluar tak boleh... kul 2 pm baru la boleh berlepas ke shanghai. sampai di pudong, shanghai(kat shanghai ni ada 2-3 international airport kul 2.45 pm, terpaksa delay pulak pasal penerbangan asal dah berlepas..kalau nak naik disitu kul 9pm, alternatif lain ada flight ke beijing kul 6pm tapi kena naik bas(1 jam perjalanan) iaitu di hongqiao international airport. nak tak nak terpaksi ambil alternatif 2.. naik flight n sampai di beijing kul 8 pm.. 
naik flight dari shanghai - beijing





bila jejak kaki di beijing rasa lega dan mengigil..(maklum la di bawah 10 darjah celcius). alhamdulillah bila sampai dah ada guide tunggu.. namanya mei(org china tetapi fasih bertutur melayu). lepas tu naik bas terus pergi dinner kat salah sebuah restoran muslim..
depan restoran muslim


check in di super 8 hotel, beijing... hotel ok la, urus diri, sebelum tido ingatkan nak la nengok tv, siaran banyak hampir  55 channel, tp semua cina.... see n look je la... tido utk program seterusnya besok....
policia...


at beijing
musim luruh....
kita sambung lain kali....